TINGKATKAN AMALAN DI BULAN RAMADAN, IMARAHKAN MASJID DENGAN AMAL IBADAH- Pengerusi MAIS

TINGKATKAN AMALAN DI BULAN RAMADAN, IMARAHKAN MASJID DENGAN AMAL IBADAH- Pengerusi MAIS

337272336 1607828033038565 8383332254201469693 n

Islam di Selangor mengambil peluang di bulan Ramadan yang mulia ini agar meningkatkan amalan dan mengimarahkan dan memperbanyakkan amal ibadat.

Jadikan bulan Ramadhan pada tahun ini, Ramadhan yang lebih baik dari yang lalu.  Beliau berkata demikian  ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Berbuka Puasa (Ihya’ Ramadhan) Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Bersama Rakyat Dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di sini hari ini.

“Menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku agar masjid dan surau di Negeri Selangor tidak dijadikan sebagai medan dan propaganda politik kepartian. Saya menegaskan dan mengingatkan kembali agar semua pihak mematuhi titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

“Masjid dan surau bukanlah medan untuk berpolitik malahan peranan Masjid dan Surau hendaklah dihidupkan dan diimarahkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti ibadah. Pihak MAIS tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada mereka yang ingkar terhadap Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Pengawasan dan pemantauan akan sentiasa ditingkatkan bagi mengelakkan perkara ini berlaku,” ujar beliau.

Pengerusi MAIS turut mengiringi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang telah berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 80 orang asnaf fakir, 301 orang asnaf miskin serta 112 orang asnaf muallaf.

Kesemua mereka menerima sumbangan zakat sebanyak RM500.00 setiap seorang membabitkan jumlah zakat sebanyak RM246,500.00.

Baginda diiringi oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Pada majlis yang sama, baginda juga turut berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada lima syarikat korporat berjumlah RM10.1 juta.

Lima syarikat berkenaan adalah  Kumpulan Worldwide Holdings Berhad, SIRIM Kumpulan, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Rafulin Holdings Sdn Bhd dan Sime Darby Property Berhad.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Menteri Besar Selangor, Dato’ Amirudin Shari; Mufti Selangor, Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Mohd Shahzihan bin Ahmad dan Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor