PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

RAJA MUDA SELANGOR BERKENAN SAMPAIKAN SUMBANGAN AIDILFITRI KEPADA PELAJAR TAHFIZ ISTANA ALAM SHAH


KLANG, 27 Mac – Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada 10 orang pelajar tahfiz Istana Alam Shah di Istana Alam Shah, Klang.

Mengiringi Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor dalam penyampaian sumbangan kepada pelajar tahfiz ini adalah Yang Amat Dihormati Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS.

Sebelum itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, bersempena Hari Hol Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Baginda diiringi Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Baginda turut melaksanakan bayaran zakat harta, haul bagi tahun 2022 yang diterima oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan disaksikan oleh Yang Amat Dihormati Pengerusi MAIS.

Berita MAIS

Comments are disabled.