PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS TERIMA LAWATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH


SHAH ALAM, 5 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berbesar hati menerima kunjungan dari Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di sini.

Lawatan LZNK seramai lima orang diketuai oleh Ustaz Mohd Idris Mohd Yussoff, Ketua Divisyen Pembangunan Muallaf dan Dakwah Sosial LZNK bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan kaedah Pengurusan Bantuan Kebajikan, Perlindungan dan Pembangunan Asnaf Muallaf termasuk pengurusan guru pembimbing asnaf muallaf.

MAIS diketuai oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS mengalu-alukan kehadiran lawatan. Turut hadir ialah Ustazah Hafizatul Akmal Abd Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK.

Hadir sama mewakili MAIS ialah Ustaz Md Yusmizan Yusuf, Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Ustaz Mohamad Hafiz Salimun, Ketua Jabatan Pembangunan Muallaf LZS.

Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan baik antara MAIS dan LZNK terutama dalam pengurusan muallaf di negeri masing-masing.

Berita MAIS

Comments are disabled.