PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

80 ORANG ASNAF RIQAB DISANTUNI DALAM PROGRAM BERBUKA PUASA


AMPANG, 5 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Riqab menyantuni dengan meraikan penghuni rumah pemulihan riqab dalam program berbuka puasa bersama asnaf riqab sepanjang bulan Ramadhan.

Program bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam mengimarahkan suasana Ramadhan di samping menyantuni penghuni rumah Pemulihan Riqab yang berdaftar di bawah MAIS.

Seramai 80 orang penghuni rumah pemulihan riqab hadir dalam program ini yang melibatkan Rumah Solehah, Rumah Bayt Ar-Rahmah, Rumah Sahabat, Rumah Bela Insan, Kem Perkid dan Rumah PINTAS.

Selain meraikan penghuni rumah pemulihan riqab, turut diadakan simbolik penyampaian sumbangan hamper raya berupa pakaian baju melayu dan kuih raya kepada wakil setiap rumah pemulihan yang disampaikan oleh Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS diiringi oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.

Semoga dengan pelaksanaan program ini dalam bulan Ramadhan yang mulia ini menjadi pemangkin semangat kepada asnaf riqab yang hadir serta menjadi asbab agar dipermudahkan usaha jihad dan jalan hijrah mereka.

Berita MAIS

Comments are disabled.