MAIS SUMBANG RM100,000.00 KEPADA JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR DAN JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH SELANGOR

MAIS SUMBANG RM100,000.00 KEPADA JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR DAN JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH SELANGOR

339999932 608191797866877 2220635964990601607 n min

SHAH ALAM 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM100,000.00 kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS).

Daripada jumlah tersebut, masing-masing menerima RM50,000.00.

Sumbangan yang menggunakan peruntukan Baitulmal itu bertujuan untuk  membantu melancarkan operasi maslahah ummah dan penganjuran program dan aktiviti pengimarahan Islam khususnya di negeri Selangor.

Majlis simbolik penyerahan sumbangan MAIS hari ini disampaikan oleh YBhg. Dr Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS kepada YAD Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Tuan Haji Zainor Rashid bin Hassin, Ketua Pendakwa Syarie, JPSS.

MAIS berharap agar sumbangan ini dapat membantu melancarkan lagi operasi dan pelaksanaan aktiviti agensi agama tersebut bagi memastikan perkhidmatan JMNS dan JPSS dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor