MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H

MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H

339957984 617842033115308 2072193292101470454 n 1

PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan hadir Majlis Perasmian Masjid Taman Alam Jaya dan Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat serta Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1444H.

Baginda yang diiringi Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah berkenan merasmikan Masjid Taman Alam jaya yang terletak di Puncak Alam.

Masjid Taman Alam Jaya seluas 2.09 ekar dan mampu menampung sehingga 2 ribu jemaah ini telah siap dibina pada Februari 2020 dengan kos sebanyak RM10.396 juta.

DYMM Sultan Sharafuddin turut berkenan menerima pembayaran zakat perniagaandari 4 buah syarikat iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (RM2,626,994.23), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (RM1,500,000), Jakel Trading Sdn.Bhd. (RM1,050,550) dan Lembaga Juruukur Tanah Malaysia (RM1,000,000) bagi

pembayaran tahun 2022.

Majlis tersebut yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari; Mufti Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS; Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar Haji Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad menyaksikan sebanyak RM272,000 diagihkan kepada 544 asnaf yang terdiri daripada 65 orang fakir, 264 orang miskin dan 215 muallaf.

DYMM Sultan Sharafuddin kemudian turut berkenan berbuka puasa dan menunaikan Solat Sunat Tarawih 20 rakaat bersama asnaf dan penduduk di sekitar Kuala Selangor.

Kredit : Jabatan Agama Islam Selangor

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor