RM261,500.00 BANTU MANGSA GEMPA BUMI TURKIYE DAN SYRIA

RM261,500.00 BANTU MANGSA GEMPA BUMI TURKIYE DAN SYRIA

339957984 617842033115308 2072193292101470454 n

SHAH ALAM, 7 April – Sebanyak RM261,500.00 peruntukan kemanusiaan khususnya bagi membantu mangsa gempa bumi di Negara Turkiye dan Syria.

Sumbangan RM261,500.00 itu meliputi peruntukan Baitulmal MAIS berjumlah RM98,000.00.

Selain itu, turut menyumbang ialah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Sumbangan Tabung Infak Jariah Umat Islam (TIJARI) sebanyak RM161,500.00 manakala selebihnya disumbangkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS).

Sumbangan MAIS itu bagi Sumbangan Musaadah kepada Mangsa Gempa Bumi Turkiye dan Syria yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Penyerahan Cek Cura MAIS disampaikan Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS kepada YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam Majlis Iftar Bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri HEA hari ini.

Manakala cek cura JAIS disampaikan oleh YBhg Dato’ Mohd Shahzihan bin Ahmad, Pengarah JAIS merangkap Pengerusi TIJARI.

Sumbangan MAIS bertujuan sebagai tanda solidariti di antara Negara-Negara Islam bagi membantu dan meringankan beban mangsa gempa bumi dan bencana yang berlaku di Negara Turkiye dan Syria.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor