Shah Alam, 6 Mei – Bersempena dengan Kursus Perdana Haji Negeri Selangor 1444H/ 2023M yang dilaksanakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal telah membuka kaunter baitulmal bagi berkongsi maklumat berkaitan hibah, wasiat, faraid & lain-lain perkhidmatan MAIS.
Kaunter baitulmal ini dibuka bermula dari jam 5.00 petang sehingga jam 11.30 malam pada hari sabtu dan pada hari ahad pula bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 1.00 petang.
Turut hadir bersama adalah Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal, Ustaz Mohammad Salleh bin Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran serta pegawai-pegawai dari Sektor Baitulmal.
Alhamdulillah, Baitulmal MAIS diberi ruang untuk perkongsian berkaitan pengurusan harta di Kursus Perdana Haji pagi ini di Masjid Negeri Shah Alam yang melibatkan hampir 6000 bakal jemaah haji.
Perkongsian tersebut yang telah disampaikan oleh Pengarah Baitulmal sendiri. Sempat dikongsikan didalam taklimat tersebut berkenaan promosi wasiat yang sedang berjalan sempena kempen ‘Wasiat Dhuyuf Ar Rahman’ dan tanggungjawab seseorang muslim terhadap harta masing-masing.
Bagi meraikan mereka yang bakal menjadi tetamu Allah SWT ini, MAIS menawarkan potongan fi pendaftaran wasiat MAIS sebanyak RM100. Tawaran ini turut dibuka kepada orang ramai dalam tempoh yang ditetapkan.
Terima kasih kepada pihak Tabung Haji Negeri Selangor dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam kerana telah memberi peluang dan ruang untuk MAIS turut menyertai dalam menyampaikan dakwah berkenaan pengurusan harta buat bakal jemaah haji.
Mudah-mudahan dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat yang besar kepada ummah.
Rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan ini untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian : https://siswa.mais.gov.my