MAIS BUKA KLINIK GUAMAN SYARIE SEMPENA HARI PERUNDANGAN JENAYAH SYARIAH

MAIS BUKA KLINIK GUAMAN SYARIE SEMPENA HARI PERUNDANGAN JENAYAH SYARIAH

345444771 959

SHAH ALAM, 9 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Undang-Undang Syariah membuka kaunter Klinik Guaman Syarie MAIS sempena Hari Perundangan Jenayah Syariah: Evolusi Perundangan Syariah di Selangor di Shah Alam Convention Centre (SACC) hari ini.

Klinik Guaman Syarie MAIS dibuka secara percuma bagi memberi pendedahan terutamanya kepada para peserta program Hari Perundangan Syariah, disamping menghebahkan kepada orang awam perkhidmatan bantuan guaman syarie yang disediakan oleh pihak MAIS kepada masyarakat di negeri Selangor.

Peserta hari perundangan syariah ini terdiri daripada agensi kerajaan seperti Bahagian Penguatkuasaan JAIS, Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS, Mahkamah Syariah, PDRM, Unit Integriti Pihak Berkuasa Tempatan, IPTA (UM & Universiti Islam Selangor), Pelajar Sekolah Menengah (KISAS, SAMTTAJ & MITS) & Pentadbir Masjid yang berada di sekitar Shah Alam.

Program anjuran Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) ini bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai perkembangan perundangan syariah terutama jenayah syariah di Negeri Selangor.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor