MAIS TERIMA LAWATAN DARI MAIPk

MAIS TERIMA LAWATAN DARI MAIPk

345864677 19087379 min

Shah Alam, 11 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Lawatan seramai enam orang pegawai MAIPk diketuai oleh Ustaz Ahmad Nazim Md Tajuri, Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Mal & Wakaf bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan aspek perundangan dan pengurusan wasiat orang Islam yang dilaksanakan di MAIS di samping mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi perkembangan terkini pengurusan Baitulmal di MAIPk.

Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal mengalu-alukan kehadiran lawatan dari MAIPk dan turut memberikan taklimat dan pembantangan berkaitan Pemerkasaan Pengurusan Baitulmal di MAIS.

“Terima kasih kepada pihak MAIPk, semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kita bersama dalam memperkasa urusan kehartaan umat Islam. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dan MAIPk,”katanya.

Delegasi turut melawat ke Kaunter Baitulmal, Bilik Rundingan serta pejabat Baitulmal MAIS.

Turut hadir mewakili MAIS ialah Puan Noormala Mohd Saad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat; Ustaz Mohamad Salleh Abd Saha, Ketua Bahagian Dakwah & Pemasaran Sektor Baitulmal MAIS dan Puan Nurul Ain Mohd Azahari, Pegawai Undang-Undang MAIS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor