PROGRAM PENCEGAHAN KEPARAHAN SOSIAL BERTEMAKAN ”REMAJA BERWAWASAN” ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB MAIS

PROGRAM PENCEGAHAN KEPARAHAN SOSIAL BERTEMAKAN ”REMAJA BERWAWASAN” ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB MAIS

346788637 2272797236263046 8214716733239

Shah Alam, 11 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Program ini dijalankan bagi menyampaikan ilmu pengetahuan dan membina kesedaran tentang bahaya masalah sosial masa kini khusus kepada pelajar-pelajar sekolah .

Selain Itu, program ini juga bertujuan memberikan kesedaran dan kefahaman masalah sosial yang dihadapi.

Program ini telah dihadiri seramai 100 orang pelajar SAMTTAJ.

Perasmian penutup disempurnakan oleh Ustaz Mohd Ezzam Zaharin, Ketua Unit Prihatin Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS.

Dalam ucapannya, beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada para peserta dan berharap agar remaja memperolehi sekurang-kurangnya dua daripada sepuluh ilmu baru yang dicurahkan daripada program ini. Beliau juga turut berharap agar dengan ilmu yang dicurahkan sepanjang  sesi ceramah program ini dapat menyedarkan para remaja akan akibat buruk masalah sosial masa kini.

Selain itu, Encik Saiful Chua Abdullah, Pembimbing Rakan Komuniti MAIS tahun 2022 berkata, beliau mengingatkan para pelajar tentang bahayanya pergaulan bebas yang boleh menjerumus mereka ke arah masalah sosial yang lebih parah.

Turut hadir dalam program ini adalah Ustaz Mohd Nadzri Mohd Tajudin, Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid Jabatan Pendidikan Negeri Selangor; Tuan Hj Mohamad Noor Ismail, Pengetua SAMTTAJ, pegawai Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS, guru-guru SAMTTAJ dan pelajar-pelajar SAMTTAJ.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor