PROGRAM PENERANGAN BERKAITAN ISU KALIMAH ALLAH

PROGRAM PENERANGAN BERKAITAN ISU KALIMAH ALLAH

347419214 256210570301496 1442506008420457928 n

SHAH ALAM 18 MEI – Majlis Agama Islam Selangor mengadakan program penerangan berkaitan Isu Kalimah Allah yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar dan YBhg. Tuan Mohamed Haniff Khatri Abdulla bagi tujuan penjelasan berkaitan isu kalimah Allah serta memperkasakan syiar Islam di Negeri Selangor.

Terdapat sebanyak 50 Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) yang berdaftar di bawah MAIS yang hadir.  Seramai 95 orang yang hadir, program diadakan di Dewan Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor (Yayasan Restu).

Turut hadir Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial dan Ustazah Hafizatul Akmal Abd Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor