Hulu Selangor, 19 Mei 2023 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui sektor Baitulmal mengadakan Hari Bersama Baitulmal MAIS di Masjid Nurul Iman khusus kepada pengunjung bagi berkongsi maklumat berkaitan pengurusan harta umat Islam termasuk harta pusaka, pemulihan Riqab dan zakat.
Pelbagai aktiviti diadakan termasuk Kuliah Dhuha, Tazkirah Jumaat dan Kuliah Maghrib Khas yang telah disampaikan oleh pegawai dari Baitulmal MAIS. Program ini juga dimeriahkan dengan pembukaan kaunter zakat bergerak, pemeriksaan percuma dan kaunter runding cara perancangan pewarisan harta yang dibuka bermula jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam.
Turut menyertai, agensi MAIS iaitu Lembaga Zakat Selangor Pemulihan Ar Riqab dan Pejabat Kesihatan Daerah yang membuka kaunter informasi untuk pengunjung program.
Turut disampaikan ucapan tahniah kepada bakal jemaah haji yang dianggar seramai 70 orang dari kariah Masjid Nurul Iman yang akan berangkat ke tanah suci tidak lama lagi.
Mudah-mudahan dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat yang besar kepada jemaah yang hadir.
Rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Dapatkan tawaran potongan fi pendaftaran wasiat MAIS sebanyak RM 100 sehingga 25 Jun 2023 ini. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian: https://siswa.mais.gov.my
Info lanjut, sila layari : www mais.gov.my