PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS JALANI PROSES AUDITAN MS ISO 9001:2015 DAN MS 1900:2014 OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD


SHAH ALAM, 23 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sedang menjalani proses auditan oleh SIRIM QAS International yang berlangsung selama lima (5) hari bermula 22 Mei hingga 26 Mei 2023.

Pasukan audit SIRIM Qas International Sdn Bhd ini terdiri daripada sembilan orang Juruaudit dan diketuai oleh Puan Hanida binti Ghazali sebagai Ketua Juruaudit.

Auditan di MAIS melibatkan dua (2) sijil utama iaitu sijil kualiti MS ISO 9001:2015 dan sijil syariah MS 1900:2014. Skop auditan merangkumi keseluruhan fungsi dan perkhidmatan di MAIS yang terdiri daripada Pengurusan Harta Baitulmal, Projek, Hartanah, Undang-Undang, Penyelidikan dan Perkhidmatan Korporat.

Semoga auditan sepanjang lima (5) hari ini berjalan dengan lancar serta mendapat keberkatan di sisi Allah S.W.T.

Berita MAIS

Comments are disabled.