21 PELAJAR UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MAULANA MALIK IBRAHIM MALANG, INDONESIA TIMBA PENGALAMAN DI MAIS

21 PELAJAR UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MAULANA MALIK IBRAHIM MALANG, INDONESIA TIMBA PENGALAMAN DI MAIS

349168944 1332355834328184 5194823079288095045 n min

SHAH ALAM, 25 Mei – Seramai 21 pelajar dari Fakulti Syariah, Universitas Islam Negeri (UIN) Maulana Malik Ibrahim Malang, Indonesia hadir ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi menimba pengalaman dan pengetahuan berkaitan pengurusan Baitulmal.

Rombongan lawatan diketuai oleh Dr Aunul Hakim M.H, Naib Dekan UIN disambut mesra oleh Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS.

Antara lain dalam lawatan bertujuan menimba pengalaman dan kefahaman berhubung pengurusan Baitulmal terutama amalan pengurusan harta Amanah, Hibah, Wasiat dan Pusaka.

Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Indera turut memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar berkaitan pengurusan wasiat dan hibah yang disediakan oleh MAIS.

“Semoga perkongsian dan pengalaman ini dijadikan panduan kepada pelajar-pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan khususnya dalam pengurusan Baitulmal,”katanya.

Sementara itu, Dr Aunul Hakim M.H berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada MAIS atas kesudian menerima lawatan dan berharap agar pelajar-pelajar dapat menggunakan pengalaman dan pengetahuan dalam pembelajaran terutama pengurusan baitulmal.

Hadir sama mewakili MAIS ialah Ustaz Mohd Romzi Abdullah Sani, Ketua Bahagian Harta Baitulmal dan Ustaz Mohammad Salleh Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah & Pemasaran MAIS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor