PENGERUSI MAIS RASMI SEMINAR AL-QURAN & AL-QIRAAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

PENGERUSI MAIS RASMI SEMINAR AL-QURAN & AL-QIRAAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

349101378 937029457545562 2720664906360529858 n

SHAH ALAM, 25 Mei 2023 – Pengerusi MAIS, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof telah merasmikan Seminar Al-Quran & Al-Qiraat Peringkat Kebangsaan 2023 di Dewan Berlian, Universiti Teknologi MARA, Puncak Alam hari ini.

Seminar yang dianjurkan oleh Maahad Tahfiz Ismail (MTI) merupakan kerjasama di antara Persatuan Tahfiz Selangor (PITAS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Program di hadiri seramai 450 orang peserta, terdiri daripada pelajar Maahad Tahfiz Ismail dan wakil-wakil pelajar dari Maahad Tahfiz Negeri di Seluruh Malaysia.

Selain itu, program diadakan tujuan untuk merealisasikan hasrat Dasar Tahfiz Negeri Selangor yang ingin menerapkan subjek Qiraat di seluruh Maaahd Tahfiz Negeri Selangor dan memperkenalkan kaedah-kaedah Qiraat seperti qiraat qalun dan Wasary kepada guru-guru Al-Quran.

Turut hadir menyampaikan ucaptama ialah Syeikhul Maqari’ Ust Dr. Othman Hamzah, Ahli Jawatankuasa Literasi Al Quran Peringkat Selangor dan Ustaz Muhammad Hafiz Mohd Haneefa, Pengerusi PITAS.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor