PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN SIRI 3/2023 KEPADA PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN DI BAWAH MAIS

PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN SIRI 3/2023 KEPADA PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN DI BAWAH MAIS

350101375 782837620087435

Shah Alam – Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, MAIS menganjurkan program Tafaqquh Fiddin Siri Ke 3/2023 kepada pegawai-pegawai yang bertanggungjawab menguruskan pengislaman di Pusat Pengurusan Pengislaman sebanyak 39 buah yang terdiri daripada Baitulmal Daerah, Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) dan masjid sebanyak 10 siri bermula 18 Mac 2023 yang lalu.

Program dilaksanakan pada setiap bulan dengan membincangkan beberapa tajuk berbeza yang memfokuskan kepada fiqh pengurusan Muallaf.

Antara objektif program ini adalah untuk mengupas dan membincangkan beberapa isu kontemporari berkaitan dengan muallaf. Selain itu, program ini juga dapat menyatukan hati, pemikiran dan matlamat utama di kalangan pegawai dari PPP dalam pengurusan muallaf di negeri Selangor.

Pengisian program tafaqquh fiddin disampaikan oleh Ustaz Anuar  bin Puteh, Pensyarah Kanan dari Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tajuk Tafaqquh Fiddin berkaitan Muallaf Dan Akidah yang membincangkan berkaitan Manhaj Akidah yang bersesuaian dengan muallaf, cabaran muallaf dalam memahami nas al-Quran dan hadis termasuk penekanan ilmu akidah dalam proses pembelajaran kepada muallaf dan akidah yang sohih.

Seramai 40 orang daripada PPP yang menyertai program ini. Kehadiran pegawai di PPP amatlah penting untuk membantu pihak MAIS dalam menyantuni muallaf semasa proses awal pengislaman mereka.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor