HARI BERTEMU PELANGGAN BULAN SUMBER MANUSIA PERODUA

HARI BERTEMU PELANGGAN BULAN SUMBER MANUSIA PERODUA

351122448 1549303985595442 7502360426911569874 n

2 Jun 2023 – Bersempena Hari Bertemu Pelanggan Perodua yang dilaksanakan di Serambi Cafe Perodua Manufacturing Sdn Bhd. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal telah membuka kaunter baitulmal khusus kepada pengunjung bagi berkongsi maklumat berkaitan pengurusan harta umat Islam termasuk harta pusaka.

Turut dihadiri Ustaz Izhar bin Ismail, Ketua Zon Baitulmal Daerah Gombak dan Hulu Selangor serta pegawai-pegawai dari Baitulmal yang terlibat membantu memberi penerangan dan runding cara kepada pengunjung yang bertanyakan soalan.

Mudah-mudahan dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat yang besar kepada pelanggan yang hadir.

Rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Dapatkan tawaran potongan fi pendaftaran wasiat MAIS sebanyak RM 100 sehingga 25 Jun 2023 ini. Sila layari pautan dibawah untuk oermohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian : https://siswa.mais.gov.my

Info lanjut, sila layari : www mais.gov.my

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor