MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)
_
Bahagian Audit Dalaman
Fungsi-Fungsi Bahagian Audit Dalam:
- Pengauditan dan naziran mengikut pematuhan, audit syariah terhadap pengurusan kewangan MAIS, JAIS dan di Masjid dan Surau Negeri Selangor, di SRA, prasekolah, SRAI dan lain-lain yang berdaftar dengan JAIS.
- Pengauditan perolehan & projek serta laporan kewangan/pelaburan Anak Syarikat MAIS.
- Pengauditan kawalan terimaan dan pengurusan kutipan hasil, bayaran, perbelanjaan dan pengurusan bajet.
- Pengauditan pengurusan perolehan, bekalan, perkhidmatan, kerja-kerja, harta, inventori serta kenderaan dan akauan amanah.
- Auditan interim penyata kewangan kumpulan wang Baitulmal dan pengurusan kewangan di pejabat MAIS Daerah, Baitul Iman dan Baitul Ehsan.
- Auditan khas/Ad-Hoc berkenaan aduan awam, pelanggan, laporan media atau lain-lain isu berbangkit.
- Pengurusan auditan prestasi dan audit susulan program dan aktiviti bahagian/sektor.
- Kawalan dan pematuhan polisi pengurusan risiko
- Penilaian prestasi KPI, BSC bahagian/sektor