PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

Bahagian Pemulihan Ar-Riqab

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

_

Bahagian Pemulihan Ar-Riqab

Fungsi-Fungsi Bahagian Pemulihan Ar-Riqab

  • Mengurus perkhidmatan perlindungan, bimbingan,
    pemulihan, Rawatan Spiritual Islam (Modul Istitabah) dan
    kaunseling kepada individu dan kumpulan umat Islam yang
    memerlukan pemulihan akidah dan akhlak serta
    menguruskan kewangan peruntukan sumber zakat (riqab),
    merancang, melaksana dan memantau aktiviti pentadbiran
    am di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Ulu Yam
    Bharu
  • Mengurus perkhidmatan perlindungan, pemulihan dan
    kaunseling kepada kumpulan wanita dan gadis yang
    terlibat dengan gejala sosial dan akidah di Pusat
    Perlindungan Wanita Baitul Ehsan
  • Mengurus dan menyelia hal ehwal pentadbiran Baitul Islah
    bagi tujuan pemulihan asnaf Riqab (HIV)
  • Melaksanakan proses Istitabah dan proses penasihatan
    akidah atas perintah Mahkamah Tinggi Syariah dan
    Istitabah secara sukarela serta melaksanakan programprogram pemulihan asnaf riqab
  • Menyelaras dan mengurus pendaftaran asnaf Riqab dan
    Rumah-Rumah Pemulihan Riqab
  • Mengurus geran sukuan Rumah-Rumah Pemulihan Riqab
    serta merancang dan melaksana bengkel-bengkel dasardasar pemulihan Riqab
  • Mengurus dan menyelia pemulihan asnaf Riqab melalui
    khidmat nasihat, guru pembimbing riqab serta
    sukarelawan riqab
  • Mengenalpasti, menyiasat dan mendaftar permohonan
    bantuan kepada asnaf riqab dan mengurus tuntutan
    pembekalan makanan kelas bimbingan asnaf riqab
  • Mengurus, merancang dan melaksana Peruntukan
    Kewangan Asnaf Riqab
  • Mengurus, merancang dan melaksana Mesyuarat
    Jawatankuasa Riqab