MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)
_
BANTUAN GUAMAN SYARIE KATEGORI UMUM
-
Khidmat bantuan guaman syarie bagi klien (orang awam) yang berkelayakan bagi kes mal di Mahkamah Syariah di Negeri Selangor.
-
Syarat-syarat kelayakan:
* Warganegara Malaysia
* Bermastautin di Negeri Selangor
* Jumlah pendapatan (gaji pokok + elaun) mestilah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan
* Mengisi lengkap borang permohonan yang disediakan
* Lulus temuduga penilaian wajar
- Jenis-jenis kes yang diwakili:
* Permohonan cerai biasa
* Cerai fasakh
* Cerai khul’ (tebus talaq)
* Cerai ta’liq
* Pengesahan lafaz cerai
* Pengesahan lafaz ruju’
* Poligami ( hanya mewakili defendan sahaja)
* Nusyuz
* Wali hakim
* Wali enggan
* Faraq nikah
* Pengesahan nikah
* Pengesahan sah taraf anak
* Tuntutan nafkah anak
* Tuntutan tunggakan nafkah anak
* Tuntutan ubah perintah nafkah anak
- Senarai semak di Lampiran A dan Borang Permohonan Khidmat Guaman Syarie di Lampiran B