PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

Bantuan Guaman Syarie & Nasihat Perundangan Syariah

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

_

BANTUAN GUAMAN SYARIE & NASIHAT PERUNDANGAN SYARIAH

1. Orang Awam

(a)   Senarai semak Borang Permohonan Khidmat Bantuan Guaman Syarie di Lampiran A. (Klik di sini untuk senarai semakan)

(b)  Permohonan melalui MAIS di Lampiran B. (Klik di sini untuk borang permohonan)

 

Jenis kes yang boleh ditawarkan khidmat bantuan guaman:

  • Tuntutan pengesahan lafaz cerai;
  • Permohonan pengesahan rujuk;
  • Tuntutan perceraian;
  • Permohonan fasakh;
  • Tuntutan pengesahan cerai taklik;
  • Tuntutan khulu’/tebus talaq;
  • Tuntutan sabitan nusyuz;
  • Permohonan wali hakim/am;
  • Tuntutan wali enggan/engkar;
  • Permohonan faraq nikah;
  • Permohonan pengesahan nikah;
  • Permohonan pengesahtarafan anak; dan/ atau
  • Permohonan/ tuntutan kebenaran poligami (bagi defendan sahaja).

Syarat-syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Bermastautin dalam Negeri Selangor;
  • Memperolehi pendapatan kasar tidak melebihi RM1,500.00 sebulan;
  • Mengisi lengkap borang permohonan yang disediakan; dan
  • Lulus temuduga penilaian kewajaran kes.

(b)     Permohonan melalui Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (“SBSK, JAKESS”)
(Klik di sini untuk borang permohonan)

Jenis kes yang boleh ditawarkan khidmat bantuan guaman:

(i)      Kes pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah nafkah anak

Syarat-syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Bermastautin dalam Negeri Selangor;
  • Mempunyai pendapatan kasar tidak melebihi RM4,000.00 sebulan;
  • Mengisi lengkap borang permohonan yang disediakan;
  • Mendapat sokongan daripada SBSK, JAKESS; dan
  • Lulus temuduga penilaian kewajaran kes.

2. Muallaf (Klik di sini untuk borang permohonan)

Jenis kes yang boleh ditawarkan khidmat bantuan guaman:

  • Permohonan perisytiharan pembubaran perkahwinan sebab pertukaran agama.
  • Semua kes kekeluargaan di Mahkamah Syariah Negeri Selangor

Syarat-syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Bermastautin dalan Negeri Selangor;
  • Masih dalam had tempoh panggilan Muallaf (kecuali kes pembubaran perkahwinan);
  • Mengisi lengkap borang permohonan yang disediakan; dan
  • Lulus temuduga penilaian kewajaran kes.

B. KHIDMAT NASIHAT PERUNDANGAN SYARIAH KEPADA MASYARAKAT ISLAM DI NEGERI SELANGOR

Khidmat Nasihat Perundangan Syariah ini boleh diberikan kepada orang awam di seluruh Negeri Selangor dan tiada syarat kelayakan yang ditetapkan di mana orang awam boleh hadir ke pejabat kami seperti alamat yang tertera di bawah untuk mendapatkan khidmat nasihat secara percuma.

HUBUNGI KAMI

UNIT SYARIAH, BAHAGIAN UNDANG-UNDANG
MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 6, MENARA SELATAN
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
40000 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

TEL: 03-5514 3643
FAX: 03-5512 7202