[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 8 Mac – Lebih 350 orang asal dari seluruh Selangor hadir memeriahkan Majlis Jalinan Kasih Orang Asli Peringkat Negeri Selangor 2019 yang bertujuan mengeratkan hubungan agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan orang asal selain memberi sokongan kepada masyarakat orang asal untuk terus maju mengikut peredaran semasa.

Program anjuran Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu turut dihadiri seramai 16 orang Tok Batin dan 7 orang pengerusi majlis pengurusan komuniti kampung orang asal di seluruh Selangor.

YB Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Pembantu Exco Agama Islam Selangor menyifatkan kehadiran baik itu sebagai komitmen tinggi masyarakat orang asal untuk terus maju ke hadapan.

“Tahniah dan syabas kepada semua yang hadir, kerana bukan mudah untuk datang ke sini terutama Tok Batin.

“Diharap majlis dan komitmen sebegini dapat diteruskan di masa akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan sesama kita,” katanya selepas merasmikan program ini yang turut mendapat kerjasama dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Menurut beliau lagi, seramai 17 orang asal turut diraikan sebagai penerima anugerah antaranya adalah Anugerah Pelajar Harapan Orang Asli Negeri Selangor Kategori Sekolah Rendah,Sekolah Menengah, Kelas Fardu Ain, Tokoh Individu Orang Asli Mithali Negeri Selangor, Tokoh Kecemerlangan Anak Orang Asli Negeri Selangor, Anugerah Tokoh Keluarga Terbaik Negeri Selangor dan Tokoh Pendakwah Contoh Orang Asli Negeri Selangor.

Hadir sama Abdul Basith Hamid, Ketua Pegawai Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS, Sabariah Salleh, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIS dan Mohd Romzi Abdullah Sani, Pengurus Pembangunan Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2945″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2947″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2946″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2948″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor