PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

Kaffarah

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

_

Kaffarah

Halaman 3 dari 3
KADAR BAYARAN KAFFARAH

Pengiraan kadar kaffarah adalah  berdasarkan makanan asasi. Makanan asasi tersebut hendaklah diberi kepada fakir dan miskin dan ia juga boleh dilaksanakan melalui wang tunai.

Kadar makanan seorang dikira dengan secupak beras iaitu bersamaan 675 gram atau 1/4 daripada kadar zakat fitrah yang dibayar. Kadar zaat fitrah bagi tahun 2001 adalah RM 7.00. Maka kadar 1/4 zakat fitrah adalah RM 1.75.

Walau bagaimanapun, MAIS turut menggalakkan golongan yang berkemampuan untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan setiap hari bagi diri dan tanggungan iaitu sebanyak RM 14.00 seorang bagi yang memakan beras putih import/ beras perang/ beras pulut/ herba ponni/ beras wangi. Manakala RM 21.00 seorang bagi individu yang memakan beras basmathi/ beras jepun/ beras merah.

Oleh yang demikian, kadar bayaran kaffarah semasa yang ditetapkan adalah sebanyak RM 1.75 atau RM 3.50 atau RM 5.25. Pihak MAIS juga diharuskan mengambil upah sebanyak 15% tidak termasuk kadar sebenar bayaran kaffarah bagi tujuan pengurusan. Maka, umat Islam boleh memilih untuk membayar kaffarah memberi makan seorang fakir miskin adalah RM 2.00 atau RM 4.00 atau RM 6.00. 

TAKSIRAN KAFFARAH

Kiraan kadar kaffarah adalah mengikut kesalahan iaitu:


*
Kadar ini termasuk dengan upah sebanyak 15% yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bagi tujuan pengurusan.

PROSEDUR MEMBAYAR KAFFARAH DI MAIS

Bayaran kaffarah boleh dibuat secara talian melalui e-MAIS di http://fpxv2.mais.gov.my atau dikaunter Baitulmal MAIS atau Baitulmal Daerah yang terdapat di Pejabat Agama Islam Daerah dalam Negeri Selangor secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR.

Hasil bayaran kaffarah perlu diserahkan kepada Baitulmal dan akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Harta Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor sebelum urusan pengagihan kepada fakir miskin dalam bentuk makanan dilaksanakan.

===========================================================================================

HUBUNGI KAMI

Sektor Baitulmal
Majlis Agama Islam Selangor
Tingkat 10 Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5514 3773 atau 3772    Faks: 03-5512 4042
Email: pro@mais.gov.my