PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

Kerjaya

Kerjaya

JAWATAN KOSONG

No. Fail: MAIS/SKP/BPSM/500-3/1/1 JLD. 2 (30)

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon anak Negeri Selangor yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah:

  1. JAWATAN/TARAF PELANTIKAN/GAJI POKOK
BIL. JAWATAN TARAF PELANTIKAN GAJI & ELAUN
1. Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S44 Kontrak RM 3,900.00
2. Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 Kontrak RM 3,000.00

2. SYARAT-SYARAT JAWATAN

1. Pegawai Hal Ehwal Islam (S44)
    (Lelaki) – 1 Kekosongan

Penempatan       : Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Syarat Lantikan :
(i) Warganegara Malaysia.

(ii) Anak Selangor atau sepuluh (10) tahun mastautin di Negeri Selangor (tempoh dikira selepas tamat pengajian).

(iii) Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
Keutamaan: Sedang mengikuti pengajian di peringkat PHD;
Bidang keutamaan: Fiqh dan Usul Fiqh

(iv) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(v) Menguasai Bahasa Melayu/Bahasa Arab/Bahasa Inggeris dengan baik; dan

(vi) Mahir dalam penggunaan aplikasi Microsoft Word/Excel/Power Point/Adobe Photoshop.

 

2. Pegawai Hal Ehwal Islam (S41)
    (2 Lelaki/2 Perempuan) – 4 Kekosongan

Penempatan       : Jabatan Mufti Negeri Selangor

Syarat Lantikan :
(i) Warganegara Malaysia.

(ii) Anak Selangor atau sepuluh (10) tahun mastautin di Negeri Selangor (tempoh dikira selepas tamat pengajian).

(iii) Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
Keutamaan: Sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana
Bidang keutamaan: Kekeluargaan Islam/Muamalat/Akidah/Al Hadis.

(iv) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(v) Menguasai Bahasa Melayu/Bahasa Arab/Bahasa Inggeris dengan baik; dan

(vi) Mahir dalam penggunaan aplikasi Microsoft Word/Excel/Power Point/Adobe Photoshop.

 

3. CARA MEMOHON

3.1 Permohonan hendaklah melalui pautan berikut https://form.jotform.com/220872822725458 mulai 4 April 2022 (Isnin).

3.2 Permohonan berikut AKAN DITOLAK sekiranya:
a. Pengisian link permohonan tidak lengkap; dan
b. Dokumen yang diperlukan tidak dilampirkan;

3.3 Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 April 2022 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari.

 

4. CATATAN AM

4.1 Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga.

4.2 Ketika hadir sesi temuduga calon hendaklah mengemukakan salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
a. Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
b. Sijil akademik;
c. Gambar ukuran pasport;
d. Surat Akuan/pengesahan mastautin pemohon/ibu/bapa bagi pemohon yang lahir di luar Negeri Selangor; dan
e. Sijil-sijil yang berkaitan.
• Pengesahan salinan sijil hanya boleh dibuat oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan & Profesional atau Ketua Kampung atau Penghulu atau Nazir  Masjid.
• Pengesahan sijil melalui tandatangan ‘bagi pihak’ akan ditolak.
f. Rekod Perkhidmatan Pegawai dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan.

4.3 Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) bulan dari tarikh tutup iklan ini adalah dianggap tidak berjaya.