NEW ATHEISM

NEW ATHEISM

socmed 02
Ateisme menurut Oxford Dictionaries adalah merujuk kepada ketidakpercayaan atau kurang kepercayaan tentang kewujudan Tuhan atau tuhan-tuhan.

Secara etimologinya, perkataan “atheism” berasal daripada perkataan Greek atheos; “a” bermaksud tanpa dan “theos” bermaksud tuhan-tuhan. Lawan bagi ateisme adalah teisme iaitu fahaman yang mempercayai dan mengimani akan wujudnya tuhan.

Ateisme dalam Bahasa Arab adalah al-ilhad (الإلحاد).

Menurut Ibn al-Faris, lam, ha’ dan dal merujuk kepada menyimpang daripada pandangan yang lurus.

Alhad al-rajul (ألْحَدَ الرجل) bermaksud seorang lelaki telah menyimpang daripada jalan kebenaran.

Dapat dirumuskan Ateisme adalah satu fahaman yang sama dengan naturalisme falsafah (philosophical naturalism) yang menolak akan kewujudan Tuhan dan alam ghaib kerana bagi mereka, alam ghaib juga termasuk dalam dunia tabi’e.

Maka, penganut Ateisme boleh dikira berdasarkan penolakan atau kurangnya kepercayaan kepada agama dan Tuhan. Ini bertepatan dengan kata-kata Richard Dawkins,

Ateisme adalah  “believes there is nothing beyond the natural, physical world”.

word religion is more powerful than word atheism scales conceptual image religion

Seorang yang bergelar Ateis berpegang kepada 5 prinsip utama ini. Ia menjadi satu dasar kepercayaan sebagai seorang Ateis yang betul-betul memahami falsafah Ateisme moden atau New Atheism:

  1. Anti-Tiesme. Kepercayaan bahawa teisme dan agama secara umumnya perlu ditentang dan dihapuskan sepenuhnya kerana tidak dapat diadili secara intelektual dan berbahaya kepada manusia.
  2. Kepercayaan bahawa mana-mana atau semua perkara memerlukan bukti untuk diterima. Dalam kata lain, seseorang individu diadili samada beriman, tidak beriman atau menolak untuk menyatakan pendirian berdasarkan mereka mempunyai cukup bukti atau tidak, pada ketika kenyataan tersebut dibuat. Kebiasaanya digunakan ketika menentang konsep “iman” atau “meyakini tanpa bukti.
  3. Saintisme adalah istilah yang digunakan untuk kepercayaan bahawa metodologi dan pendekatan ilmiah dapat diterapkan untuk segala hal. Sains adalah cara pandang dunia yang paling berautoriti hingga menafikan cara pandang lainnya. Scientism telah didefinisikan sebagai pandangan bahwa metod induktif sains adalah satu-satunya sumber pengetahuan yang benar dan terutama bahawa sains dapat menghasilkan pengetahuan yang benar mengenai manusia dan masyarakat.
  4. Kepercayaan bahawa manusia wajar menjadi titik utama perhatian bagi manusia sejagat. Tuhan tidak berhak dan tidak diperlukan dalam menentukan halatuju hidup. Manusia adalah sumber etika, perundangan dan nilai di dunia ini. Epicurus menyatakan, “Jika Tuhan itu Maha Berkuasa, justeru mengapa Dia tidak menghentikan kejahatan?”
  5. C. Grayling berkata,

“The human good is for human responsibility to discern and enact, without reliance upon, or invocation of, any of the many religions which claims the transcendental authority, and posthumous rewards or punishments.”

judge gavel book black background
Menurut Dr Asyraf Wajdi, Ateisme adalah “tidak berperlembagaan” dan satu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Walaupun Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan beragama, ia tidak membenarkan kebebasan untuk tidak beragama.

Dalam konteks Malaysia, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa kebebasan beragama itu bukan bermakna kebebasan untuk tidak beragama.

Ini kerana tidak konstitusional untuk mengatakan boleh menyebarkan pemahaman tidak beragama di dalam konteks negara ini, freedom of religion is not freedom from religion”.

Ateisme merupakan satu gerakan yang berbahaya, berdasarkan kenyataan pada Seksyen 11 (4) Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan penyebaran agama, kepercayaan atau doktrin lain kepada orang Islam di negara ini.

Malah, fahaman ateisme menyangkal kesucian agama lain di Malaysia dan bercanggah dengan undang-undang berkaitan ketenteraman awam dan moral.

rukun negara 01
Di samping itu, konsep Ateisme ini bertentangan dengan prinsip rukun negara di Malaysia.

Rukun negara pertama adalah Kepercayaan Kepada Tuhan, mempercayai ketidakwujudan tuhan adalah bercanggah dengan rukun negara.

Kedudukan rukun negara adalah sangat tinggi sehingga banyak negara dunia hari ini menjunjung demokrasi dengan meletakkan ikrar rakyat sebagai mukaddimah (preamble) kepada perlembagaan mereka.

Malah, ia dianggap rujukan bagi perlembagaan.

facebook social media app smartphone laptop
Komuniti dalam talian seperti laman Facebook Atheist Republic, Warung Atheis dan Malaysian Atheist Confessions juga bergerak aktif dan ia menjadi lubuk kepada mereka meraih perlindungan serta meluahkan cabaran hidup sebagai Ateis.

Selain itu, terdapat juga anak Melayu beragama Islam yang menyertai Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur telah mengejutkan ramai pihak.

Ia secara terang-terangan menunjukkan telah ada orang Melayu Islam mula menyertai golongan Ateis.

Justeru, tindakan dan siasatan perlu diambil kerana ramai yang terlibat adalah dari kalangan generasi muda.

Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana masyarakat Malaysia berpaksikan kepada agama dan ia merupakan asas penting dalam keharmonian negara dan bangsa untuk generasi akan datang.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor