[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM, 8 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berjaya melaksanakan Webinar yang bertajuk ‘Rezeki Yang Halal itu Berkat’ secara atas talian sepenuhnya hari ini.

Sambutan menggalakkan apabila hampir seramai 1000 orang peserta yang mengikuti program webinar ini melalui aplikasi zoom meeting. Program ini juga turut disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial rasmi Facebook Majlis Agama Islam Selangor.

Perasmian webinar MAIS disempurnakan oleh Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS di sini hari ini.

Meskipun berlaku pertukaran status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri terutamanya di negeri Selangor, namun ia bukan penghalang bagi MAIS meneruskan program kesedaran wang tidak patuh syariah kepada masyarakat khususnya di negeri ini.

Program Webinar MAIS bertajuk ‘Rezeki Yang Halal itu Berkat’ merupakan salah satu program yang diatur melalui Kempen Wang Tidak Patuh Syariah MAIS sepanjang bulan Rajab bagi memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mengurus harta secara bijaksana seperti yang dituntut oleh hukum syarak.

Selain itu, program ini bertujuan menggalakkan masyarakat untuk melupuskan wang atau harta tidak patuh Syariah serta mendidik masyarakat untuk sentiasa mencari rezeki yang halal.

Dalam webinar ini, MAIS menampilkan dua orang ahli panel yang fasih dalam muamalah terutama dari segi pengurusan dan hukum iaitu Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar Haji Opir, Timbalan Mufti Selangor dan Dr. Zaharuddin Abd Rahman.

Menerusi dalam ruangan komen semasa webinar berlangsung di Facebook Majlis Agama Islam Selangor, rata-rata netizen memuji langkah MAIS menganjurkan program ini secara atas talian dan berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5139″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5140″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor