PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

Sedekah

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

_

Sedekah

Halaman 3 dari 4
7. Sedekah menjauhkan seseorang dari api neraka

Sedekah itu walaupun sedikit, tetapi mampu menjauhkan kita dari api neraka. Semakin banyak sedekah, semakin jauh kita darinya. Hadis daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اتقوا النارَ ولو بشقِّ تمرةٍ

Yang bermaksud:“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.” (Riwayat Ahmad)

BAGAIMANA JIKA ORANG MISKIN INGIN BERSEDEKAH

Umat Islam tidak kira kaya atau miskin digalakkan bersedekah mengikut kemampuannya. Bagaimanapun, orang miskin yang bermurah hati hendak bersedekah, bersedekahlah ala kadar, asalkan tidak menyusahkan diri sendiri dan orang yang menjadi tanggungannya. Selepas itu, kalau ada yang berlebih daripada yang diperlukannya, barulah boleh disedekahkan sebahagian daripadanya kepada orang lain. Hal ini diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang daripada kamu dalam keadaan miskin (dan dia hendak bersedekah), maka hendaklah dia terlebih dahulu mengutamakan keperluan dirinya sendiri. Kalau ada yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada anak isteri dan orang yang ditanggung nafkahnya. Kalau ada juga yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada kerabatnya (atau kepada orang yang ada pertalian kerabat dengannya). Kalau ada juga yang berlebih, maka hendaklah disedekahkan kepada orang lain yang memerlukan bantuan, yang ada di sana sini.” (Riwayat Ahmad)

JOM BERSEDEKAH MELALUI MAIS

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ingin mengajak umat Islam untuk menyuburkan amalan sedekah sebagai sebahagian daripada kehidupan. Segala amal kebajikan yang dilakukan pasti akan dibalas oleh Allah SWT, sebagaimana firman-Nya:

وَمَا تُقَدِّمُوا لأِنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوْهُ عِنْدَ اللهِ هُوَ خَيْرًا وَّأَعْظَمَ أَجْرًا.

Yang bermaksud: “Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.” (Surah Al-Muzzammil: 20)

Pada masa ini pelbagai program telah dan sedang dilaksanakan melalui dana sumbangan yang diterima daripada sedekah antaranya ialah:

  1. Bantuan kepada pihak hospital, pusat kesihatan dan klinik kesihatan;
  2. Bantuan kepada badan keselamatan seperti PDRM dan RELA;
  3. Bantuan kepada pelajar dan institusi pendidikan yang terjejas;
  4. Bantuan kepada rumah kebajikan dan anak yatim yang terputus bekalan; dan
  5. Bantuan kepada penduduk yang terputus bekalan.