PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

Wang Orang Berhutang

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

_

Wang Orang Berhutang

Halaman 5 dari 6
Dalam hal ini, wajib kepada penghutang untuk membayar hutang tersebut kepada ahli waris si mati kerana hutang tersebut telah menjadi sebahagian daripada harta pusaka. Harta si mati telah beralih pemilikan dengan sendirinya menjadi milik waris sesudah ketiadaan si mati. Oleh itu, hutang tersebut tertakluk kepada pembahagian secara faraid yang telah ditetapkan oleh hukum syarak.

PERANAN BAITULMAL KE ATAS WANG ORANG BERHUTANG

Keghairahan masyarakat berhutang dan kejahilan masyarakat sama ada yang hidup atau waris kepada si mati untuk melunaskan hutang sering mengatasi kehendak syarak terutama dalam perkara yang melibatkan hutang. Sesetengah masyarakat memandang remeh dan enteng akan perihal ini dan sebahagian lagi langsung tidak peduli akan kesan yang akan diterima di akhirat kelak oleh sebab sikap culas mereka.

Hutang pada asalnya hendaklah dibayar kepada pemiutang dalam apa jua keadaan. Namun, kadang-kala berlaku keadaan di mana hutang tidak dapat dibayar kepada pemiutang oleh kerana pemiutang atau warisnya gagal dikesan. Hal ini berlaku oleh kerana hutang yang ditanggung oleh penghutang ditangguhkan pembayarannya untuk satu tempoh jangka masa yang agak lama.

Lantaran itu, Baitulmal mengambil peranan ini untuk merwar-warkan kepada masyarakat khususnya umat Islam supaya sentiasa peka akan perihal hutang masing-masing. Hutang yang melingkari kehidupan perlu dilunaskan sama ada ianya berupa hutang berjadual seperti pinjaman rumah, kenderaan, bank dan seumpamanya atau hutang tidak berjadual seperti meminjam wang daripada rakan atau saudara-mara.

Di bawah Subseksyen 5(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, “Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah” dan di bawah Seksyen 81 (2), enakmen yang sama yang memperuntukkan bahawa: “Baitulmal hendaklah terdiri daripada semua wang dan harta, alih atau tak alih, yang menurut Hukum Syarak atau di bawah Enakmen ini atau peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, terakru, atau disumbangkan oleh mana-mana orang, kepada Baitulmal.”

Berdasarkan kepada peruntukan di atas, Baitulmal MAIS telah menerima pandangan daripada Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Sohibus Samahah Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abd Wahid berhubung kedudukan MAIS selaku penerima pembayaran hutang umat Islam.

Beliau menjelaskan bahawa MAIS selaku pemegang amanah harta umat Islam selayaknya menerima pembayaran hutang dengan tujuan untuk menyerahkan harta yang diamanahkan apabila dituntut oleh tuannya. MAIS hendaklah sentiasa membuat hebahan atau penerangan melalui media massa supaya pemiutang atau warisnya dapat menuntut hutang tersebut.  Kedudukan penghutang selepas menyerahkan hutang kepada MAIS adalah ia terlepas daripada tanggungjawab membayar hutang sama seperti pembayar zakat yang telah menyerahkan zakatnya kepada amil.

Oleh kerana itu sebagai sebuah agen tazkiyatul amwal (penyuci harta), MAIS melalui Baitulmal dengan kuasa yang diperuntukkan mampu melaksanakan amanah umat Islam ini ke arah mendidik masyarakat dengan nilai-nilai agama yang kukuh dan mantap.

Walau bagaimanapun, pelunasan hutang kepada MAIS adalah tertakluk kepada hutang-hutang yang gagal disampaikan kepada pemiutang seperti dalam keadaan berikut:

i. Pemiutang dan waris gagal dikesan;

ii. Hutang kepada orang bukan Islam yang tidak dapat dikesan;

iii. Deposit pembantu rumah yang gagal dikesan atau telah pulang ke negara asal;

iv. Pemiutang meninggal dunia dan tiada waris atau warisnya tidak dapat dikesan;

v. Deposit atau pampasan pekerja yang tidak dapat dikesan;

vi. Hasil jualan yang tidak dapat dibayar kepada peniaga;

vii. Hutang di kedai yang telah tidak wujud; atau

viii. Hutang kepada pembekal barangan yang tidak dapat dikesan.