PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

Wang Orang Berhutang

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

_

Wang Orang Berhutang

Halaman 6 dari 6
Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita semua sebagai penghutang untuk menentukan hutang kita sama ada kesemuanya telah dilunaskan ataupun belum. Sekiranya penghutang telah meninggal dunia, kita sebagai waris hendaklah menentukan berapa banyak hutang-piutang peninggalan si mati yang belum sempat dijelaskan.

Kewajipan melunaskan hutang juga terkandung di bawah Subseksyen 13 (1) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 yang memperuntukkan bahawa, “Pada penentuan pendengaran pemungut hendaklah melalui perintahnya membuat peruntukkan bagi pembayaran dari harta pusaka bagi duti estet, jika ada, dan perbelanjaan pengebumian  dan hutang simati…”

Oleh itu, pihak kami mengajak seluruh umat Islam agar bersungguh-sungguh menyempurnakan pembayaran hutang kepada pemiutang yang memberi pinjaman kepada kita. Jika berlaku keadaan yang menyulitkan iaitu pemiutang atau warisnya nya gagal dikesan, maka serahlah kepada Baitulmal MAIS untuk ditadbir mengikut hukum syarak.

Serahan wang orang berhutang boleh dibuat secara tunai di kaunter Baitulmal ibu pejabat atau di pejabat-pejabat agama Islam daerah dalam negeri Selangor atau cek atas nama “Majlis Agama Islam Selangor” atau pindahan wang melalui sistem e-MAIS di http://fpx.mais.gov.my/epay/hutang.php

Semoga dengan usaha ini diberkati Allah SWT.

===========================================================================================

HUBUNGI KAMI
Unit Amanah, Bahagian Harta Baitulmal
Sektor Baitulmal
Majlis Agama Islam Selangor
Tingkat 10 Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5514 3773 atau 3772    Faks: 03-5512 4042
Email: pro@mais.gov.my