KUALA LANGAT 3 Feb 2020 – MAIS meneruskan aktiviti dakwah perancangan dan pembahagian harta orang Islam yang meliputi wasiat, hibah dan harta pusaka kepada guru-guru Sekolah Rendah Agama Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor.
Program ini dilaksanakan untuk memberikan kefahaman kepada guru-guru supaya mereka membuat perancangan harta yang betul selari dengan hukum syarak dan undang-undang.
Taklimat telah disampaikan oleh Ust Mohd Fadhil bin Said, Eksekutif Wasiat & Hibah, Unit Amanah, Bahagian Harta Baitulmal, MAIS.