PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

TABUNG PRIHATIN COVID-19 MAIS : BANTUAN DITERUSKANKAN KE KUIS


BANGI 25 Mac – Bantuan terus disalurkan kepada Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS), Bangi hari ini, 25 Mac hasil dari sumbangan orang ramai ke Tabung Prihatin Covid-19 MAIS.

Sebanyak 50 pack makanan kering seperti tepung, minyak dan beras bernilai RM2,500 disalurkan kepada wargakerja KUIS yang terlibat menguruskan pelajar yang tidak boleh balik ke rumah masing-masing kesan dari Covid-19.

Wakil penerima bantuan, Zulhizzam b hamzah, Pendaftar KUIS, mengucapkan jutaan terima kasih di atas bantuan yang diberikan kepada warga kerja KUIS. Bantuan ini dapat meringankan mereka.

Beliau juga menyeru, orang ramai dapat terus menyumbang agar lebih ramai penerima bantuan dapat manfaat daripada tabung ini.

Pengedaran bantuan MAIS hari ini diuruskan dengan kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS).

Kepada yang turut sama ingin menyumbang
boleh terus ke link http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php

Atau secara pindahan wang ke no. akaun 12038010134961, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), atas nama Majlis Agama Islam Selangor. (Nyatakan:Tabung sumbangan Covid19).

Berita MAIS

Comments are disabled.