PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

TABUNG PRIHATIN COVID-19 MAIS: TIGA HOSPITAL UTAMA NEGERI SELANGOR TERIMA TOPENG MUKA DAN CECAIR PEMBASMI KUMAN


SHAH ALAM 3 April – Alhamdulillah, pada hari ini bersamaan 3 April 2020, program bantuan menerusi Tabung Prihatin Covid-19 MAIS diteruskan lagi dengan pengagihan bantuan berupa topeng muka dan cecair pembasmi kuman.

Bagi menghargai peranan barisan hadapan dalam memerangi penularan Covid-19, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menyampaikan bantuan berupa topeng muka dan cecair pembasmi kuman kepada tiga hospital utama di Negeri Selangor.

Hospital yang menerima sumbangan ialah Hospital Shah Alam, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Menerusi bantuan ini, penggunaan topeng muka dan cecair pembasmi kuman sangat digalakkan kepada petugas barisan hadapan dalam mengekang penularan Covid-19.

Sehingga kini, MAIS telah mengagihkan wang hasil kutipan orang ramai melalui Tabung Prihatin COVID-19 MAIS berjumlah RM71,740 kepada barisan hadapan dan kelompok yang memerlukan akibat penularan Covid-19.

Pihak MAIS mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia yang masih menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada Tabung Prihatin Covid-19 MAIS sejak ia dilancarkan pada 21 Mac yang lalu.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada mereka yang memerlukan kesan daripada Covid-19 ini, bolehlah menyalurkan sumbangan anda terus ke http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui pindahan wang ke nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) (12038010134961) atas nama Majlis Agama Islam Selangor. (Nyatakan:Tabung Sumbangan Covid19).

Berita MAIS

Comments are disabled.