[vc_row][vc_column][vc_column_text]CHERAS 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus membantu barisan hadapan dalam menangani pandemik Covid-19 dengan menyalurkan sumbangan peralatan perlindungan peribadi (PPE) kepada Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Sumbangan yang diserahkan melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) itu termasuk topeng muka dan cecair pembasmi kuman bagi membantu barisan hadapan dalam mengekang penularan Covid-19.

Nur Mohd Razali Abdullah, Pengurus Besar YIDE berkata, sumbangan yang disalurkan ini mendapat kerjasama dari Muslim Care Global (MCG).

“Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban barisan hadapan yang menghadapi cabaran Covid-19.

“Keutamaan perlu diberikan kepada mereka semua di barisan hadapan yang terdedah kepada risiko yang besar,” katanya.

Terdahulu, MAIS telah melancarkan Tabung Prihatin Covid-19 bagi membantu barisan hadapan Malaysia seperti doktor dan jururawat dalam memerangi penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Tabung itu akan membolehkan rakyat di negara ini tampil bersama-sama membantu barisan hadapan bagi mengumpulkan dana kelengkapan perlindungan diri atau personal protective equipment dan makanan.

Bantuan ini akan disalurkan terus kepada barisan hadapan yang memerlukan dan MAIS berharap, segenap rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dapat menyalurkan bantuan.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada mereka yang memerlukan kesan daripada Covid-19 ini, bolehlah menyalurkan sumbangan anda terus ke http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui pindahan wang ke nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) (12038010134961) atas nama Majlis Agama Islam Selangor. (Nyatakan:Tabung Sumbangan Covid19).[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3173″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”3174″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”3175″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor