PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

PRIHATIN KEJADIAN MUSIBAH DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA SUNGAI MERAB, MAIS SERAH SUMBANGAN


SEPANG 9 Julai – Prihatin terhadap kejadian musibah yang berlaku ke atas Sekolah Menengah Agama Sungai Merab, Luar Kajang akibat ribut dan angin kencang, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menziarahi dan menyampaikan bantuan musibah.

Bantuan musibah ini bertujuan meringankan sedikit beban pihak pengurusan sekolah khususnya apabila berlaku sesuatu bencana.

Bantuan disampaikan oleh Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.

Setiausaha MAIS juga turut membuat tinjauan dan lawatan keadaan semasa sekolah terbabit, dan mengucapkan salam takziah kepada pihak pengurusan sekolah.

Pada 6 Julai lalu, beberapa kawasan Kampung Sungai Merab Luar, Kajang rosak akibat dilanda ribut dan angin kencang.

Angin ribut turut merosakkan bumbung sekolah antaranya adalah Sekolah Menengah Agama Sungai Merab, Luar Kajang.

Berita MAIS

Comments are disabled.