PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

PERBICARAAN GUNA MOBILE COURT KIT DI RUMAH


25 Ogos 2020 – Mahkamah Rendah Syariah Sepang telah menjalankan perbicaraan menggunakan Mobile Court Kit di rumah pihak-pihak yang terlibat dalam Kes Permohonan Pengesahan Nikah.

Kes melibatkan kehadiran Pemohon dan Peguam Syarienya, Asrul Amirul Mohd Salwai dari Unit Syariah, Bahagian Undang-undang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan juga Responden.

Perbicaraan yang dilaksanakan ini adalah atas permohonan Pemohon serta dengan kebenaran Hakim Tuan Muhamad Nazri bin Hj Basrawi.

Perbicaraan ini dijalankan atas faktor kesihatan Responden yang merupakan suami kepada Pemohon yang telah mengalami strok akibat masalah darah tinggi.

Usaha ini dilihat dapat membantu masyarakat menyelesaikan masalah mereka walaupun mereka tidak dapat hadir ke mahkamah disebabkan penyakit yang alami.

Matlamat mahkamah dalam membantu masyarakat tetap diutamakan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk anggota polis yang turut hadir dalam menjayakan perbicaaraan hari ini. @ Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda.

Berita MAIS

Comments are disabled.