PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

LAWATAN MAIS KE MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)


IPOH 3 September  – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan lawatan rasmi ke Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS dan disambut baik oleh YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk.

Tujuan utama lawatan ke MAIPk adalah untuk melihat pembangunan ekonomi, pengurusan strategik, struktur organisasi, pengurusan percukaian dan pengurusan Masjid di peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan, di samping untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

Turut hadir dalam lawatan ini daripada MAIS ialah Pengarah Pengurusan Korporat, Pengarah Kewangan, Pengarah Hartanah, Ketua Audit Dalam dan Pengarah Baitulmal.

Berita MAIS

Comments are disabled.