PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAN LANCAR PELAN STRATEGIK MAIS 2020-2024


SHAH ALAM 22 September – Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor berkenan melancarkan Pelan Strategik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) 2020-2024.

PSM 2020-2024 ini dibangunkan oleh MAIS bersama agensi Agama di bawah DYMM Sultan Selangor iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS), Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS), Jabatan Kehakimah Syariah Selangor (JAKESS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) serta syarikat subsidiari MAIS iaitu Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd (TERAS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Bakti Suci Sdn Bhd.

Menerusi pelan yang diinspirasikan oleh DYMM Sultan Selangor ini, pelbagai strategi dan pelan tindakan telah dirangka bagi tujuan mendaulatkan syiar Islam dalam memperkasakan ummah di Negeri Selangor.

PSM 2020-2024 ini merangkumi sembilan (9) strategi dan 16 inisiatif antaranya ialah Melahirkan Generasi Rabbani, Pemerkasaan Usahawan Muslim dalam Industri Halal, Memperkasakan Pengurusan Sumber Ekonomi Islam, Memantapkan Peruntukan Undang-Undang, Kerjasama Yang Mapan antara agensi, Menjadikan Syariah Islam sebagai kehidupan, Memperkasa Institusi Kehakiman & Perundangan Syariah dan menjadi Institusi Pentadbiran Islam yang maju, inovatif dan integriti.

16 inisiatif antaranya ialah Pelan Kekeluargaan Islam, Pelan Pendidikan Islam Bersepadu, Pelan Dakwah, Pelan Masjid Pengupayaan Ummah, Pelan Sokongan Sosial Islam, Indeks Pengurusan dan Penyampaian Perkhidmatan, Penggubalan Undang- Undang baru dan Pelan Anti Rasuah.

PSM 2020-2024 ini diharap menjadi panduan kepada MAIS dan agensi Agama di bawah DYMM Sultan Selangor agar menjadi contoh sebagai Institusi Islam yang berupaya membangunkan sosio-ekonomi ummah di Negeri Selangor dari pelbagai aspek merangkumi pendidikan, dakwah dan kekeluargaan.

Hadir mengiringi baginda ialah YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Pengerusi MAIS, Setiausaha MAIS dan Anggota-Anggota MAIS.

Berita MAIS

Comments are disabled.