BANGI 25 September – Alhamdulilah, pada hari ini sebelum menunaikan Solat Jumaat, Bahagian Harta Baitulmal MAIS telah mengadakan tazkirah pengurusan wasiat dan hibah di Masjid At-Taqwa, Bandar Bukit Mahkota, Bangi.
Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Salleh bin Abd Saha, Penolong Pengurus Pemasaran Harta Baitulmal MAIS.
Semoga usaha ini dapat menarik lebih ramai masyarakat agar membuat perancangan dan pembahagian harta pusaka dengan sempurna.⠀