PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

RAJA MUDA SELANGOR TERIMA SUMBANGAN KORPORAT DANA INFAQ YIDE


ISTANA BUKIT KAYANGAN 1 Disember  – Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj hari ini berkenan mencemar duli menerima sumbangan aktiviti kebajikan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dari lima (5) buah syarikat korporat dan agensi berkaitan kerajaan dalam Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Syarikat Korporat di Istana Kayangan, Shah Alam.

Antara syarikat yang menyumbang adalah Central Sugars Refinery Central Sugars Refinery (CSR) Sdn Bhd, Maybank Berhad, Permodalan Negeri Selangor Berhad Pemodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Semesta Sdn. Bhd dan Aiman Platinum Sdn Bhd. Sumbangan keseluruhan pada hari ini ialah berjumlah RM300,000.00.

Turut hadir bersama YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir Bin Makhtar, Setiausaha MAIS, YBhg. Dato’ Bakhtiar Bin Husin, Pengerusi YIDE, Tuan Haji Salim Bin Sain, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, dan Prof. Dr. Azreen Syazril Bin Adnan, Ahli Jawatankuasa Eksekutif YIDE.

“Sumbangan hari ini keseluruhannya berjumlah RM 300,000.00 dan pihak YIDE amat berterima kasih di atas sumbangan yang diberikan ini. Pihak YIDE juga sangat mengalu-alukan sumbangan di peringkat korporat mahupun agensi berkaitan kerajaan untuk sama-sama menjayakan pembinaan Kompleks Anak Yatim Pulau Indah dan segala bentuk inisiatif yang dianjurkan oleh YIDE.” Ujar Pengurus Besar YIDE.

YIDE merupakan sebuah anak syarikat MAIS yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelia hal ehwal kebajikan anak-anak yatim di Negeri Selangor dan bantuan musibah kepada masyarakat Islam di Negeri Selangor.

YIDE mengajak kepada orang ramai, syarikat-syarikat korporat, agensi berkaitan kerajaan untuk bersama-sama dalam melakukan amal jariah dan memuliakan anak anak yatim dengan terus menyumbang melalui platform sumbangan terus ke akaun YIDE, Bank Islam, bernombor : 1223 40100 07330 atau melalui atas talian (online) Billplz: https://yide.com.my/donations/infaq-dana-anak-yatim/ , juga melalui Jom Pay (Biller Code: 81059 dan aplikasi Snap and Pay.

Setiap sumbangan yang diberikan akan dikecualikan cukai pendapatan dan potongan di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967, Nombor Rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6.7622, bertarikh 15 November 2019 melalui resit rasmi YIDE.⠀

Berita MAIS

Comments are disabled.