[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 14 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menerima lawatan dari Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Delegasi diketuai oleh Dato’ Abdul Fattah Abdullah, Presiden Angkasa bertujuan untuk mengadakan perbincangan berhubung aktiviti koperasi kariah masjid dan perkhidmatan syariah yang dilaksanakan di Selangor.

Sahibus Saadah Dato’ Haji Mohd Shahzihan Ahmad, Pengarah JAIS mengalu-ngalukan kehadiran delegasi dari Angkasa seterusnya mempengerusikan lawatan hari ini.

“Semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kepada gerakan koperasi khususnya koperasi kariah masjid,” katanya.

Turut hadir mewakili MAIS ialah Mohd Farid Baharon, Pengarah Pengurusan Korporat MAIS; Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS; Haji Shah Ruddin Abdul Hamid, Pengarah Hartanah MAIS dan wakil pegawai dari Bahagian Pengurusan Masjid JAIS.â €[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4617″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4619″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4618″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4620″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor