[vc_row][vc_column][vc_column_text]HULU SELANGOR 26 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyampaikan sumbangan makanan kering kepada empat buah rumah pemulihan Al-Riqab.

Rumah pemulihan terbabit ialah Rumah Teduhan Kasih, Rumah Sinar Kasih, Rumah Akhlak Insani dan Baitul Islah, Bukit Beruntung.

Sumbangan makanan kering ini bertujuan meringankan beban buat penghuni rumah pemulihan yang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Sebanyak 220 pek makanan kering membabitkan peruntukan sebanyak RM22,000 telah diagihkan kepada wakil ketua rumah pemulihan Al-Riqab sekitar daerah Hulu Selangor.

Bantuan makanan kering berupa beras,  minyak, gula, tepung dan susu disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Yasmin Hanani Mohd Safian, Anggota MAIS.

Turut hadir, Nurhani Salwa Jamaluddin, Penasihat Undang-undang MAIS dan Hafizatul Akmal Abdul Jalil, Pengurus Pemulihan Riqab MAIS.

Pada 25 Disember lalu, MAIS telah menyerahkan sumbangan kepada Rumah Pemulihan Riqab daerah Gombak dan Kuala Selangor.

Bantuan akan terus disalurkan secara berperingkat melibatkan daerah Klang, Petaling, Sabak Bernam dan Hulu Langat membabitkan peruntukan keseluruhan bagi fasa 2 ini sebanyak RM100 ribu bagi 26 buah RPR.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4675″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4677″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4676″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4678″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor