[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 30 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus mengagihkan fidyah hari ini, 30 Disember bagi membantu 210 orang penerima dengan jumlah keseluruhan RM21 ribu.

Bantuan ini disalurkan kepada mereka yang memerlukan terutamanya kepada mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Agihan sumbangan hari ini adalah dengan kerjasama Sahabat Hospital Selangor untuk 13 penerima, Sahabat Hospital Kajang untuk 24 penerima, Sahabat Hospital Serdang untuk 18 penerima, Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat untuk 67 penerima sumbangan. Turut menerima sumbangan ini penduduk di MEDAN 88, Bandar Baru Salak Tinggi untuk 88 penerima sumbangan.

Untuk makluman, jumlah keseluruhan agihan sumbangan fidyah ini adalah sebanyak RM30,900 untuk 309 orang penerima. Sumbangan diagihan pada 29 hingga 30 Disember bagi daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Bantuan yang terima adalah dalam bentuk makanan kering berupa beras, minyak masak, gula, tepung dan susu.

Agihan sumbangan fidyah kali ini diketuai oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Ketua Sektor Pembangunan Sosial.

Nota:

Bayaran fidyah dikenakan ke atas seseorang yang tidak menggantikan puasa yang ditinggalkannya sehingga masuk Ramadhan tahun yang berikutnya.

Umat Islam yang ingin membuat bayaran fidyah boleh melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4717″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4720″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor