[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM, 4 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini tampil menghulurkan sumbangan berjumlah RM100 ribu kepada Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS).

Majlis simbolik penyerahan replika cek MAIS telah disampaikan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS kepada Ustaz Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa, Pengerusi PITAS.

“MAIS berharap, bantuan yang disalurkan ini sedikit sebanyak dapat membantu Maahad Tahfiz menyediakan kemudahan pembelajaran yang sempurna di samping menjaga kebajikan pelajar-pelajar tahfiz di masa akan datang.

“Sumbangan yang menggunakan peruntukan baitulmal MAIS itu diserahkan kepada PITAS selaku penggerak utama Institusi Tahfiz Al-Quran persendirian di negeri ini melalui Tabung Prihatin PITAS.

“Pemilihan penerima sumbangan bantuan ini berdasarkan permohonan PITAS bagi membantu menaiktaraf kemudahan infrastruktur pembinaan bangunan Maahad Tahfiz di sekitar Selangor mengikut ketetapan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” ujar Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.

Sementara itu, Ustaz Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa, Pengerusi PITAS berkata, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada MAIS atas sumbangan yang diberikan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan teruja atas sumbangan ini, InsyaAllah sumbangan MAIS yang kami terima ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Prihatin PITAS bagi membantu menaiktaraf kemudahan sebanyak 411 Maahad Tahfiz di bawah PITAS mengikut keperluan,” ujarnya.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5124″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5123″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor