PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS ADAKAN LAWATAN RASMI KE PEJABAT MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI (AGAMA)


PUTRAJAYA 2 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengadakan lawatan rasmi ke pejabat Menteri Jabatan Perdana Menteri (Agama) diketuai oleh YAD Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS.

Lawatan disambut mesra oleh YB Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).

Antara lain tujuan lawatan ialah mengadakan perbincangan bagi usaha penyelarasan isu-isu agama dan perundangan syariah.

Turut hadir dalam lawatan mewakili MAIS ialah Prof. Madya Dr. Khadijah Mohd Khambali@Hambali, Anggota MAIS; Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS dan Cik Nurhani Salwa Jamaluddin, Penasihat Undang-Undang MAIS.

Semoga lawatan ini dapat memperkukuh kerjasama antara MAIS dan Kerajaan Persekutuan khususnya, bagi usaha penyelarasan isu-isu agama dan perundangan syariah.

Berita MAIS

Comments are disabled.