PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH SEPANG – Lawat Tiga Lokasi Lihat Perkembangan Hal Ehwal Islam


SEPANG 8 April–Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof sukacita mengetuai Program Turun Padang ke daerah Sepang hari ini bagi melihat sendiri keadaaan hal ehwal Islam di sini

Program dimulakan di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang yang disambut mesra oleh Pegawai Tadbir Agama (PTA) Daerah Sepang, Ustaz Zamzuri Ruslan.

Perkembangan hal ehwal Islam di Sepang dan perbincangan isu dikongsikan bersama oleh PTA. Beliau juga mengucapkan rasa terharu dengan kehadiran Pengerusi MAIS ke Pejabat Agama Islam Daerah Sepang yang dianggapnya amat bertuah.

YAD Pengerusi MAIS turut menyampaikan replika cek  berjumlah RM64,900 sebagai simbolik penyampaian bantuan agihan fidyah MAIS kepada mereka yang memerlukan di daerah Sepang.

Program diteruskan dengan lawatan ke Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Bagan Lalang yang disambut mesra oleh Pengetua, Ustazah Siti Noridah Tohiran  dan guru-guru kanan sekolah tersebut.

Antara lain, Pengetua berkongsi berkaitan perkembangan sekolah dan turut membawa rombongan melawat kawasan sekitar.

Seterusnya lawatan diteruskan ke rumah asnaf Lembaga Zakat Selangor (MAIS) yang menerima bantuan bina rumah baru. Rumah asnaf lengkap tiga bilik, berjubin serta dua bilik air ini amat dikagumi. YAD Pengerusi MAIS juga mengingatkan penerima bantuan konsep bersyukur dengan setiap bantuan yang diterima.

Program berakhir di Masjid Al Ulum Kg Bukit Bangkong dengan solat Zuhor secara berjemaah dan perkongsian perkembangan aktiviti masjid tersebut.

Turut hadir Setiausaha MAIS, Dr. Hj. Ahmad Shahir Makhtar, Ketua-ketua Unit dari Pejabat Agama Islam Daerah Sepang dan wakil Pengurusan Tertinggi MAIS.

Berita MAIS

Comments are disabled.