PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

REBAH KETIKA PULANG MENGERJAKAN TUGASAN DISINFEKSI SEMOGA BANTUAN RINGANKAN BEBAN KELUARGA ALLAHYARHAM TUAN HAJI NORZAILAN AHMAD


SHAH ALAM 31 Mei – Mendapat perkhabaran seorang kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah pergi menyahut seruan Illahi selepas selesai melaksanakan kerja disinfeksi di Bangunan Sultan Idris Shah (BSIS) pada 20 Mei 2021 amat mengejutkan.

Beliau adalah Allahyarham Tuan Haji Norzailan bin Ahmad, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBSA. Dikhabarkan Allahyarham rebah di Stor MBSA selepas pulang melakukan proses disinfeksi di bangunan BSIS di mana warga kerja Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (MAIS) bertugas.

Berita ini amat mengejutkan khususnya kepada warga MAIS. MAIS merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham.

Di kesempatan hari ini, 31 Mei, MAIS menyantuni keluarga Allahyarham dengan menyalurkan sumbangan Baitulmal MAIS berjumlah RM1,000 dan barangan keperluan asas bernilai RM150 bagi meringankan bebanan keluarga Allahyarham.

Sumbangan disampaikan oleh Cik Nurhani Salwa binti Jamaluddin, Timbalan Setiausaha MAIS (Operasi) kepada wakil keluarga Allahyarham.

Semoga Allahyarham mendapat husnul khatimah dan mendapat ganjaran atas kebaikan yang telah ditinggalkan dalam melindungi semua pihak dari wabak COVID-19.

Kredit: Gambar Poster Allahyarham Majlis Bandaraya shah alam

Berita MAIS

Comments are disabled.