[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 9 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus komited untuk membantu petugas barisan hadapan dan pesakit COVID-19 dengan menghulurkan sumbangan berupa pek makanan berjumlah keseluruhan RM26, 850 kepada 8,000 orang penerima, berikutan penularan kes COVID-19 yang semakin membimbangkan terutama melibatkan kawasan di Lembah Klang.

Menerusi bantuan ini, MAIS mengambil inisiatif untuk membantu petugas barisan hadapan dan pesakit COVID-19 sebagai tanda keprihatinan MAIS terhadap maslahah ummah.

Sumbangan ini juga bertujuan menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan dan memberi semangat kepada pesakit-pesakit COVID-19 yang dikuarantin terutama di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) MAEPS, Serdang dan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), Stadium Melawati, Shah Alam.

Bantuan berupa pek makanan antaranya ialah roti dan air minuman ini menggunakan peruntukan Baitumal MAIS itu dilaksanakan dengan kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd, iaitu anak syarikat MAIS.

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha MAIS (Operasi) dan Zaharuddin Salim, Ketua Audit Dalam MAIS.

MAIS menzahirkan salam takziah kepada keluarga yang kehilangan insan yang tersayang ekoran COVID-19. Semoga penularan wabak ini berjaya ditangani dan diakhiri dengan segera. Insya-Allah, kita semua dilindungi dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5731″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5733″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5732″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5734″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor