[vc_row][vc_column][vc_column_text]HULU SELANGOR 17 Jun – Alhamdulillah selesai penyampaian sumbangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) hari ini 17 Jun.

Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk makanan dan minuman. PKD dan PPV yang menerima sumbangan ialah PKD Hulu Selangor menerima sebanyak 100 set, PPV Dewan Semai Bakti Felda Soeharto Kuala Kubu Bharu 100 set, PKD Kuala Langat 100 set, PPV Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi 100 set.

Turut manerima PPV Dewan Orang Ramai Kg

Ampang Indah, Hulu Langat 100 set, PPV Dewan Taman Bukit Mewah Kajang 100 set, PKD Hulu Langat 100 set dan PKD Sepang 100 set.

Sumbangan ini adalah sebagai sokongan MAIS kepada petugas barisan hadapan dalam menangani pendemik Covid-19.

Terima kasih kepada agensi dan anak syarikat MAIS yang bekerjasama dalam pengedaran sumbangan hari ini iaitu Teraju Asnaf Sdn BHD (TERAS) dan Yayasan Islam Darul Eshan (YIDE).[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5791″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5793″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5792″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5794″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor