PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

“ALHAMDULILLAH, PEMBINAAN STOR DAN BILIK PENGURUSAN JENAZAH BERJALAN LANCAR. – MAIS SUMBANG RM30,000 BANTU PERSATUAN PENDUDUK PERUMAHAN POLIS


SHAH ALAM, 2 Julai – “Alhamdulillah, pembinaan stor dan bilik pengurusan jenazah berjalan lancar. Itulah kata-kata yang diucapkan oleh Hassan Mohamed, Pengerusi Persatuan Penduduk & Penasihat Surau Al-Amin, Kompleks Perumahan Polis, Seksyen 20.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada MAIS atas sumbangan yang diberikan bagi pembinaan stor dan bilik pengurusan jenazah, Surau Al-Amin.

“Syukur alhamdulillah, terima kasih MAIS, proses pembinaan sedang giat dilaksanakan terutama bilik tempat simpanan selenggara dan bilik pengurusan jenazah,”katanya.

Persatuan Penduduk Kompleks Perumahan Polis mendapat perhatian daripada MAIS setelah membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan MAIS.

Menerusi permohonan tersebut, MAIS menghulur sumbangan peruntukan Baitulmal MAIS berjumlah RM30,000 bagi memberi kemudahan dan manfaat penduduk perumahan polis Sekyen 20.

Semoga dengan bantuan MAIS ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan pengimarahan dan pelaksanaan aktiviti keagamaan di surau berkenaan.

Mereka yang ingin menyumbang bersama MAIS boleh berbuat demikian melalui pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php atau https://www.mais.gov.my/sedekah/ untuk maklumat lanjut.

Berita MAIS

Comments are disabled.